Soalan-soalan Lazim / FAQs

Berkenaan Produk


Adakah produk Minyak Tapil ini sesuai untuk kanak-kanak?

Tidak, minyak ini tidak sesuai untuk kanak–kanak di bawah umur 2 tahun. Minyak ini hanya sesuai untuk kegunaan luar sahaja dan tidak boleh dimakan.


Apakah fungsi Minyak Tapil ini?

Minyak ini sesuai digunakan untuk melegakan sakit sendi dan otot–otot, sakit belakang, sakit pinggang dan kembung perut. Minyak ini juga sesuai untuk wanita semasa berpantang.


Apakah fungsi Minyak Tapil ini?

Minyak ini sesuai digunakan untuk melegakan sakit sendi dan otot–otot, sakit belakang, sakit pinggang dan kembung perut. Minyak ini juga sesuai untuk wanita semasa berpantang.


Adakah Minyak Tapil mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya. Minyak Tapil mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Nombor Pendaftaran Produk MAL20013386X. Jadi, ia selamat untuk digunakan.


Adakah Minyak Tapil mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?

Ya. Minyak Tapil diperakui sebagai produk farmaseutikal yang halal oleh JAKIM. Jadi, gunakan ia tanpa was-was.

Produk farmaseutikal halal


Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat berkenaan Minyak Tapil?

Maklumat mengenai Minyak Tapil telah kami sediakan selengkap mungkin untuk memudahkan anda menerima maklumat dan memahami fungsi produk kami dengan melayari laman 'Mengenai Minyak Tapil'. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami.

 

Berkenaan Pembelian


Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan?

Anda boleh membuat tempahan secara dalam talian (online) melalui laman web ini.


Apakah kaedah pembayaran yang diterima oleh pihak Sari Tani Desa?

Pihak kami hanya menerima pesanan pembelian secara dalam talian (online) dan pembayaran hendaklah dibuat terus melalui laman web Minyak Tapil Cap Wanita. Pembelian dan pembayaran secara manual telah dihentikan sepenuhnya. Semua pembayaran adalah selamat.


Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk penghantaran produk sampai kepada pelanggan?

Tempahan akan diproses dan dihantar dari hari Isnin hingga Jumaat. Kami menggunakan servis kurier Pos Laju dalam menghantar produk kami kepada para pelanggan. Tempoh penghantaran yang sebenar berbeza mengikut jumlah tempahan dan tempat:
• 1-3 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia
• 2-5 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak


Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui status tempahan yang telah dibuat?

Anda boleh menyemak status tempahan anda menerusi 'Semak Tempahan'. Anda hanya perlu memasukkan Nombor Pesanan dan juga e-mel yang anda gunakan semasa melakukan tempahan. Setelah anda memasukkan maklumat yang dikehendaki, semua maklumat tempahan anda akan dipaparkan sama ada ia telah diproses ataupun tidak. Jika tempahan telah diproses, kami akan memberikan nombor penjejakan (tracking number) untuk rujukan para pelanggan.


Adakah produk dari Sari Tani Desa ini stok tersedia (ready stock) atau pra-pesanan (pre-order)?

Produk kami 100% stok tersedia, sedia untuk ditempah dan dikirim kepada anda. Namun begitu, kami akan memaklumkan kepada anda dalam proses pra-pesanan iaitu sekitar 3-7 hari jika stok tidak tersedia.


Bolehkah saya membuat sebarang tempahan atau pembelian melalui Facebook, mesej telefon atau e-mel?

Tidak. Sebarang pembelian bagi produk dari Sari Tani Desa mestilah dilakukan secara dalam talian (online) sahaja. Segala urusan tempahan atau pembelian melalui Facebook, mesej telefon atau e-mel tidak akan dilayan.


Adakah cash on delivery (COD) diterima?

Tidak. Segala urusan jualan dilakukan secara dalam talian (online) sahaja melalui laman web ini. Segala urusan penghantaran adalah melalui pos sahaja.


Bagaimanakah jika wujudnya kerosakan pada produk yang saya terima?

Jika ini berlaku, produk baru akan diganti kepada anda tanpa sebarang caj dan segala kos penghantaran bagi pemulangan produk akan ditanggung oleh pihak kami. Semua pelanggan kami akan dilindungi dengan polisi yang telah kami tetapkan. Sila hubungi pihak kami untuk sebarang penukaran produk.