Terma & Syarat

Dengan menggunakan laman web ini, pengguna ("pengguna" atau "anda") menerima, tanpa had atau kelayakan, Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda perlu keluar dari laman web ini.

Pemilikan dan operasi

Minyak Tapil Cap Wanita melalui www.minyaktapilcapwanita.com.my adalah dimiliki dan beroperasi di bawah pengurusan Sari Tani Desa Sdn. Bhd. ("Sari Tani Desa" atau "kami") dan kontrak anda adalah dengan Sari Tani Desa. Sari Tani Desa Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat 723528X dan mempunyai pejabat yang didaftarkan di No. 21, Jalan Apollo U5/188, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Pengguna di bawah umur 18 tahun

Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti meminta kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum:

• Menghantar e-mel kepada laman web atau meminta kami untuk menghantar apa-apa e-mel kepada anda;
• Menghantar apa-apa maklumat kepada kami;
• Membuat pesanan untuk membeli produk kami secara dalam talian.

Dengan terus menggunakan laman web ini dan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan, anda mengesahkan yang anda telah mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda.

Hak cipta

Semua kandungan yang terkandung dalam laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada reka bentuk laman web, teks, grafik, logo, butang ikon dan susunan laman web adalah hak milik www.minyaktapilcapwanita.com.my atau Sari Tani Desa.

Semua perisian yang digunakan di laman web ini adalah hak milik www.minyaktapilcapwanita.com.my dan Sari Tani Desa. SEMUA HAK CIPTA ADALAH TERPELIHARA. Kebenaran diberikan untuk menyalin secara elektronik dan untuk mencetak bahagian laman web ini bagi tujuan membeli barangan dengan kami dan menggunakan laman web ini sebagai sumber untuk membeli-belah sahaja. Penggunaan bahan-bahan lain di laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran semula untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan di atas, pengubahsuaian, pengedaran, penghantaran, penyiaran, penerbitan semula, memuat turun atau memuat naik tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Sari Tani Desa adalah dilarang.

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh Pos Laju. Untuk maklumat lanjut mengenai Pos Laju, sila layari www.poslaju.com.my.

Kos penghantaran yang dikenakan adalah bergantung kepada alamat penghantaran seperti berikut:

Alamat di Semenanjung Malaysia: RM8.00
Alamat di Sabah & Sarawak: RM12.00

Kami akan memproses pesanan anda dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas kami menerima bayaran penuh daripada anda. Dikira dari tarikh penghantaran, anda akan menerima barangan anda dalam tempoh 1-2 hari bekerja bagi alamat penghantaran di Semenanjung Malaysia dan 2-4 hari bekerja bagi alamat penghantaran di Sabah dan Sarawak.

Sebaik sahaja pesanan anda telah dihantar, anda akan diberitahu melalui e-mel untuk mengesahkan bahawa barangan yang anda pesan telah dihantar. E-mel tersebut mengandungi nombor rujukan Pos Laju dan pautan untuk menjejaki barangan anda di laman web Pos Laju.

Jika anda tidak menerima barangan anda dalam tempoh masa yang dinyatakan, sila hubungi kami melalui telefon di +603-7847 5855 / 5355 atau melalui e-mel di info@minyaktapilcapwanita.com.my.

Pengembalian dan pemulangan wang

Anda boleh memulangkan barang yang dibeli dalam tempoh tujuh (7) hari selepas anda menerima barangan tersebut. Barangan yang hendak dipulangkan mestilah dalam keadaannya yang asal dan belum digunakan untuk kami membayar balik sepenuhnya wang yang anda telah bayar untuk barangan tersebut dan kos penghantaran. Walau bagaimanapun, kos pemulangan adalah atas tanggungan anda sendiri.

Barangan yang hendak dipulangkan MESTILAH menggunakan perkhidmatan penghantaran yang mempunyai rekod penghantaran (seperti Pos Laju) ke alamat berikut:

Sari Tani Desa Sdn. Bhd.
No. 21, Jalan Apollo U5/188
Bandar Pinggiran Subang
Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor, Malaysia

Kami tidak akan bertanggung jawab jika kami tidak menerima barangan yang anda pulangkan.

Beri tempoh sehingga tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kami menerima barangan yang anda pulangkan untuk kami memproses dan memulangkan wang kepada anda.

Jika anda menerima barangan dalam keadaan yang rosak atau kuantiti yang salah, sila hubungi kami melalui telefon di +603-7847 5855 / 5355 atau melalui e-mel di info@minyaktapilcapwanita.com.my.

Perubahan

Kami boleh meminda laman web, Dasar Privasi serta Terma dan Syarat ini dalam apa-apa cara dan pada bila-bila masa dengan memberi atau tanpa memberi notis kepada anda.

Terms & Conditions

By using this website, the user ("user" or "you") accepts, without limitation or qualification, the Terms and Conditions set out below. If you do not agree to these Terms and Conditions, you should exit the website.

Ownership and operation

Minyak Tapil Cap Wanita through www.minyaktapilcapwanita.com.my is owned and operated by Sari Tani Desa Sdn. Bhd. ("Sari Tani Desa" or "us") and your contract is with Sari Tani Desa. Sari Tani Desa Sdn. Bhd. is a company incorporated in Malaysia with company registration number 723528X whose registered office is at No. 21, Jalan Apollo U5/188, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

User under 18 years old

If you are under 18 years old, you must ask your parents or a guardian before you:

• E-mail the website or ask us to e-mail anything to you;
• Send in any information to us;
• Buy our products online.

By continuing to use this website and any of the services offered, you are confirming that you have received the consent of your parents or a guardian.

Copyright

All content included on this website including but not limited to website design, text, graphics, logos, button icons and the selection and arrangement thereof is the property of www.minyaktapilcapwanita.com.my or Sari Tani Desa.

All software used on this website is the property of www.minyaktapilcapwanita.com.my and Sari Tani Desa. ALL RIGHTS ARE RESERVED. Permission is granted to electronically copy and to print in hard copy portions of this website for the purposes of placing an order with us and using this website as a shopping resource only. Any other use of materials on this website including but not limited to reproduction for purposes other than those noted above, modification, distribution, transmission, broadcasting, republication, downloading or uploading without the prior written permission of Sari Tani Desa is strictly prohibited.

Delivery

We use the delivery service provided by Pos Laju. For more information about Pos Laju, please visit www.poslaju.com.my.

Shipping costs incurred is dependent on the delivery address as follows:

Address in Peninsular Malaysia: RM6.00
Address in Sabah & Sarawak: RM10.00

We will process your order within one (1) working day after we received full payment from you. Calculated from the shipping date, you will receive your items within 1-2 working days for delivery address in Peninsular Malaysia and 2-4 working days for delivery address in Sabah and Sarawak.

As soon as your order is despatched, we will send you an e-mail to confirm that it's on its way. The e-mail contains Pos Laju tracking number and link to track your items in Pos Laju website.

If you have not received your delivery within the advertised time scale, please contact us by telephone on +603-7847 5855 / 5355 or by e-mail at info@minyaktapilcapwanita.com.my.

Return and refund

You may return the items purchased from us within seven (7) days of receiving it. All items should be in the original condition and unused for a full refund of the price you paid for the item and the delivery cost. However, the cost of returning the items to us is at your own expenses.

To return the items, you MUST use the delivery service that has a tracking number (like Pos Laju) to the following address:

Sari Tani Desa Sdn. Bhd.
No. 21, Jalan Apollo U5/188
Bandar Pinggiran Subang
Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor, Malaysia

We cannot be held responsible for items not received.

Please allow up to seven (7) working days from the date we receive your items for your refund to be processed.

If you receive the items in a damaged condition or incorrect quantity, please contact us by telephone on +603-7847 5855 / 5355 or by e-mail at info@minyaktapilcapwanita.com.my.

Alterations

We may amend this website, Privacy Policy and Terms and Conditions in any way and at any time with or without notice to you.